Cara Memilih Pendapatan Pasif Yang Terbaik

Jika diberi peluang antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif, ramai dari kita yang akan memilih pendapatan pasif.

Aku sendiri pun berminat dengan pendapatan pasif, lebih-lebih lagi dengan keadaan aku sekarang yang 24 jam di rumah menjaga emak.

Walaupun tak semua dari kita berpeluang untuk menjana pendapatan dari income pasif, tapi keinginan itu tetap ada… betul?

Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna mereka yang berpendapatan aktif tidak bagus.

Sebaliknya antara kedua-dua jenis pendapatan ini, nisbah mereka yang berpendapatan aktif sebenarnya LEBIH RAMAI dari yang berpendapatan pasif.

Pendapatan Pasif (Passive Income)

Secara ringkasnya pendapatan pasif boleh didefinasikan sebagai pendapatan yang berulang kali dinikmati perolehannya.

Di negara kita sekarang ni, ada banyak program yang boleh memberikan peluang untuk kita menjana pendapatan pasif.

– Sama ada kita nak buat atau tidak, itu adalah pilihan.
– Sama ada program itu sesuai atau tidak, itu kena difinalizekan.

Bagaimana Memilih Pendapatan Pasif Yang Terbaik Untuk Kita?

Dalam mencari dan memilih program yang sesuai untuk dilakukan, aku dah bahagikan kepada 3 perkara utama.

Dari situ kita boleh finalizekan sama ada program tu sesuai dengan kita atau tidak.

1. Risiko Dan Modal

Untuk memilih perniagaan berpendapatan pasif, kita wajib tengok pada risiko dan modal yang terlibat terlebih dahulu.

– Adakah risiko kita tu tinggi atau rendah?
– Adakah modal untuk bermula itu kecil atau besar?

Kesimpulannya, jika kita ingin bermula carilah perniagaan yang risikonya rendah dan modalnya kecil.

2. Skop Kerja (Offline atau Online)

Jika kita ingin bermula dari rumah, itu adalah yang sebaiknya kalau masa yang ada tidak begitu banyak.

Tak semua dari kita mampu keluar rumah untuk berjumpa dan membuat sales atau face to face dengan prospek. Jadi pilihlah yang mudah untuk dioperasikan dari rumah (online based).

3. Tiada Syarat Minimum Pembelian

Kalau kita lihat pada program passive income yang ada sekarang ini, kebanyakan program itu telah menetapkan pembelian minimum secara BERULANG yang kita rasa seperti seolah-olah ada unsur PAKSAAN.

Contohnya seperti kita disyaratkan untuk mengekalkan BV (bonus point seperti MLM program) setiap bulan. Kalau tak kita tak layak untuk menerima perolehan untuk bulan itu.

Sebaliknya kalau pembelian tu TIADA UNSUR PAKSAAN, itulah yang sebaiknya. Contoh pembelian yang tiada unsur paksaan ialah seperti mengisi minyak kereta minimum RM50 setiap bulan yang mana kalau tanpa program tu pun, kita tetap mengisi minyak kereta.

Pendek kata kita cuma membuat pembelian sebab kita nak guna, bukan sekadar beli untuk mencukupkan syarat.

3 perkara di atas ni kalau kita selesa dengannya, bermakna itulah perniagaan atau program yang kita boleh cuba.

Sebab kita takkan rugi kalau ianya tak menjadi, kerana kita tetap akan mengisi minyak kereta pada kadar kegunaan harian.

Untuk aku, secara peribadi aku dah “hold” lama dah untuk menjana pendapatan pasif yang satu ini. Dan dengan adanya blog ni, langkah pertama sudahpun bermula untuk ke arah itu.

Dalam artikel akan datang, aku akan kongsikan program yang aku akan buat. Moga adalah rezeki untuk aku sebab kalau aku tak buat pun, aku tetap akan membayar sebab nak guna.

So rugilah kalau aku tak buat.

Jom Komen Kat Sini!