ClickBank – syurga penggiat affiliate (bahagian 1)

Semalam aku terbaca satu artikel mengenai kesalahan pemula (newbie) yang ingin menjana jualan dengan Clickbank (sebagai affilliate).

Dalam artikel tu, dia menyentuh mengenai betapa gopohnya pemula affiliate Clickbank dalam memilih produk yang ingin dijual dari marketplace Clickbank.

Kebanyakan dari pemula ni lebih suka menapis (filter) produk yang “high gravity” dengan alasan “sales tinggi dan untung banyak”. Itulah kesilapan terbesar sbenarnya… sifat tamak dan basic yang tak berapa betul.

Di Clickbank kita boleh menjual produk sendiri dan juga produk orang lain. Selain dari tu kita juga boleh membeli produk yang ada.

1. Ada orang dia ada produk tapi dia tak pandai menjual. So dia akan menjadi “seller” di Clickbank.
2. Ada orang dia takde produk dan taknak ada produk, so dia akan menjadi Affiliate sebab dia suka “makan dalal”.
3. Ada orang dia hanya lebih suka MEMBELI dan guna produk tu, sebab dia adalah buyer (pembeli).
4. Tapi ada orang dia boleh menjual produknya dan dalam masa yang sama dia mampu menjual produk orang lain (seller + affiliator).

Yang hebat adalah orang yang last sebab dia boleh “makan 2 tempat” dalam satu masa. Tapi tak semua orang boleh menjadi orang yang terakhir tu. Bukan senang ye brader…

Majoriti kalau dia suka menjual dan untung atas angin, dia akan kekal menjadi orang nombor 2.. iaitu sebagai affiliate.

Menjual di Clickbank bukanlah seperti kita menjual di Shopee dan Tiktok.

Clickbank ni marketplacenya besar… kita tak boleh membawa pembeli ke marketplace tu macam kita bawa prospek ke Shopee.

Dalam dunia Clickbank, affiliatelah orang yang bertanggungjawab untuk “bawak keluar” produk tu dan tarik semula pembeli tu untuk membeli produk tersebut.

Di sinilah kebijakkan affilate diperlukan. Kalau tidak memang sampai ke sudah takkan jumpa jalan mahupun satu sen jualan.

Aku pernah menjana income dengan Clickbank satu ketika dulu. Puas jugalah melihat duit masuk ke dalam dashboard Clickbank setiap pagi lepas bangun dari tidur.

Apa yang sedapnya?

Laaaaa.. confirmlah sedap sebab kaching atau moolah yang masuk tu nilainya dalam USD. Nanti kalau dah di convert ke dalam RM, mau tak senyum lebar dibuatnya (gambar hiasan).

Ditambah lagi dengan kaedah aku menjual produk Clickbank tu dengan cara ZERO COST. Ya, aku cukup suka dengan kaedah zero cost ni sebab tak suka keluarkan duit.

Macammana aku boleh menjual produk Clickbank waktu tu?

Aku menjual produk Clickbank dengan menggunakan Youtube.

Youtubelah lubuk terbesar aku, sehingga bila method ni tersebar.. Youtube telah membuang salah satu fungsi yang dulunya dia beri kepada penggiat video mereka.

Sekarang semua tu tak wujud dah sebab majoriti teknik yang para affiliate gunakan lebih kepada advertisement. Pendek kata memang memerlukan MODAL YANG KASAR kalau nak menjual produk Clickbank.

 Macam yang aku katakan tadi, affiliate adalah orang yang kena bawak produk tu kepada buyer di luar sana. 

Lepas info tu berjaya sampai kepada buyer, barulah akan berlaku jualan (sebab buyer mula berkenan dan dia jadi beli).

Untuk info produk tu sampai kepada buyer (pembeli) itulah masalahnya pasal menjadi lumrah manusia, orang takkan membeli kalau kita nak menjual.

 Tapi kalau dia tak perasan kita sedang menjual, maka dia akan beli. Jadi kena pandai cari niche produk yang bersesuaian dengan niche market. 

Contohnya, orang yang dah sedia kurus takkan beli produk ebook cara kuruskan badan manakala orang yang sihat pulak takkan beli ebook cara menurunkan gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.

So ini cerita nak tabur umpan pada ikan yang betul. Kalau salah umpan memang tak jadi… tapi bila umpan dah betul dan kita pulak tersalah lubuk… pun tak menjadi juga!

Fahamkan?
Nanti aku sambung lagi cerita pasal affiliate ni pada bahagian kedua. Banyak lagi yang nak kongsikan.

Korang ok ke… nak atau taknak aku spill cerita pasal Clikbank ni?

Kalau nak komenlah nak kat ruang komen di bawah tu. Kalau taknak aku takkan spill. Simpan sorang-sorang sudahlah,… haha

Jom Komen Kat Sini!