Dalam bahagian 1 kelmarin, aku ada cerita sedikit perkongsian mengenai affiliate Clickbank. So pada bahagian ke-2 ni aku nak sambung sedikit je lagi.
Minggu lepas aku ada contact Asyraf.. orangnya muda tinggal di area Bertam Kepala Batas. Untuk orang lain aku tak pasti tapi untuk aku, dia adalah cikgu Clickbank aku selepas Puan Lisa.
Beberapa tahun lepas, aku sanggup drive dari Johor untuk berjumpa dengan dia.. berlaga lutut di Kepala Batas. Kitaorang lepak kat salah satu kedai makan depan Tesco Bertam kalau tak silap.
Aku bayar sesi personal coaching tu semata-mata untuk tahu kaedah marketing yang dia buat untuk menjana jualan di Clickbank.
Teknik menjana sales dari CLICKBANK antara Asyraf dan Puan Lisa sangat berbeza KAEDAHNYA.
Asyraf ni orang muda… junior. So tak mustahil jika plan marketingnya lebih berani dan suka kepada cabaran yang lebih thrill.
Asyraf lebih suka main Google Ads dan FB ads… manakala Puan Lisa hanya menggunakan teknik ZERO COST.
Keluar duit sket sket tu memanglah wajib, tapi bukanlah dalam bentuk yang besar macam budak zaman sekarang ni.
Puan Lisa mengajar aku untuk melihat niche dengan lebih mendalam… supaya prospek senang untuk buat keputusan. Bayangkan, dengan teknik Puan Lisa, boleh katakan susah nak lalui hari-hari TANPA SALES.
Sampai ada masa tu, bukan nak cakap besar… tapi aku sampai boleh tahu memang sales akan masuk punya. Kita memang boleh sampai pada tahap macam ni bila kita dah boleh “baca” demand pada market.
Asal bangun pagi tidur je, rasa sangat excited untuk membuka dashboard Clickbank. Lepas tu senyum. Kemudian pattern tu akan berterusan dan berulang kali sepanjang hari.
Semua tu boleh diperolehi bila kita tau lubuk yang kita nak try. Pada waktu tu, lubuk yang paling sedap sekali adalah Youtube. Itupun sebab Google allowed untuk menggunakan fungsi annoation.
Tapi bila teknik ni mendonia, Google mansuhkan balik annotation yang dia dah beri secara free tu. Since then, semua Clickbank player terpaksa gunakan Google Ads dan FB ads.
Sejak dari kejadian no annotation dalam video, aku terus senyap membawa diri sampai sekarang. Kesan dari teknik “zero cost” ni sangat kuat sebab perasaan dia tak sama dengan main ads (setup iklan).
Apa beza feeling antara guna teknik zero cost dan main iklan/ads?
Dia ibaratnya macam ni:
Main ads ni ibarat kita beli jala ikan, lepas tu kita tebar je jala tu dalam air. Kalau ada ikan, adalah ikan yang masuk jala. Asal ada air je, tebar… simple as that.
Tapi kalau teknik zero cost Puan Lisa ni, aku diajar untuk fahamkan dulu jenis air dan jenis lubuk.
Lepas tu tanpa perlu beli jala pun aku boleh dapat ikan, asalkan tau guna umpan apa. Lebih kurang camtulah.
Cuma sekarang ni kalau aku nak buat come back, apa yang aku perlu setup untuk teruskan teknik zero cost ni?
Yang itu aku belum boleh bagitau lagi. Aku kena try dulu method yang ada sampailah “pecah telur”. Bila dah boleh dapat sales, then barulah aku akan cari umpan yang sesuai untuk lubuk tu.
Aku harap usaha ni akan mendatangkan hasil. Apa-apapun kena try dulu.. tak try tak tahu.