Semua orang inginkan pendapatan tambahan.
Sama ada kita bekerja sendiri atau makan gaji, kita semua ada keinginan untuk mendapat “duit lebih” supaya pendapatan tambahan tu dapat dijadikan simpanan yang boleh digunakan pada masa hadapan.
1. Apa jenis kerja atau bisnes yang aku boleh lakukan untuk menambah pendapatan pasif?
2. Kenapa mesti pendapatan pasif, kenapa aku taknak buat part time yang ada gaji hari/kontrak/bulanan?
3. Bagaimana nak memilih program pendapatan yang sesuai dengan keadaan aku?
3 soalan ni WAJIB aku tanyakan pada diri aku sendiri sebab akulah yang menentukan waktu kerja dan juga skop kerja harian.
Jawapan Pertama.
– Aku prefer jenis kerja atau program pasif yang boleh dilakukan secara ONLINE.
Buat masa sekarang ni, aku akan jadikan blog ini sebagai funnel untuk menjana pendapatan tambahan secara pasif. Dan program tu mestilah mudah untuk aku gabungkan pemasarannya dengan platform blog.
Jawapan Kedua.
– Aku memerlukan pendapatan yang pasif sebab aku menjaga emak yang dialisis (CAPD) dan OKU… 24 jam.
Jadi aku tak boleh keluar jumpa client sesuka hati dan tinggalkan emak aku kat rumah seorang diri.
Pendek kata kalau nak bekerja secara OFFLINE, pergerakan aku sangat TERHAD. Tak sesuai dengan keadaan aku pada masa sekarang ni.
Jawapan Ketiga.
– Aku akan pilih program jana pendapatan pasif yang TAK PERLU MODAL YANG BESAR dan LOW RISK.
Biasanya program jana pendapatan pasif ni orang kaitkan dengan MLM…. betul? Tapi aku tak suka MLM.
Sebab bisnes tu mewajibkan aku untuk maintain BV (bonus point) dengan cara membeli produk syarikat diaorang setiap bulan tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Itu pun makan modal juga…. aku tak suka.
Jadi lepas aku selidik dan cuba untuk mencari program pendapatan pasif yang LOW RISK dan dalam waktu yang sama, aku rasa aku dah jumpa.
Rupanya aku dah guna produk ni dah BERTAHUN-TAHUN. Tengok berapa ribu jumlah points aku.
Dari jumlah point tu je korang boleh tau berapa lama dah aku subscribed produk ni.
Walaupun aku masih membayar, tapi aku tak rasa pun aku bayar sebab aku memang guna. Tiap bulan kena topup.
Nak tau pptensi pendapatan pasif dengan HaloTelco?
Follow je blog ni.. aku akan spill… kau pun boleh buat sama. Ya, kita buat sama-sama.