Alhamdulillah…
Setelah hampir 10 tahun “kehilangan” blog ini, akhirnya sehari sebelum Hari Ibu kelmarin aku berjaya mendapatkan kembali domain kesayangan.
10 tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Tiap-tiap tahun aku akan buat semakan untuk melihat sama ada domain ini kekal direnew atau dah terlepas ke aftermarket.
Akhirnya pada 10hb mei 2025, impian menjadi kenyataan…. yesszzaaa!!
Domain ini telah dilepaskan oleh owner keduanya (aku owner asal) setelah bertahun-tahun dia meletakkan harga setinggi USD2,650.00 untuk sesiapa yang nak beli domain ini.
Sejarah Ringkas Rohaizad Dot Com
Domain ini sebenarnya dibeli dan dibangunkan blog selfhosted ke atasnya pada bulan Februari 2008, setelah berblogging di platform Blogspot sejak tahun 2005.
Lepas berbloggig selama 7 tahun on a daily basis di blog ni, aku gagal untuk meneruskan aktiviti berblogging pada tahun 2015 dek kerana sifat tamak dan sibuk untuk belajar benda baru.
Tahun 2015 merupakan tahun di mana aku suka “mencuba” benda baru. Ditambah lagi dengan kemaruk bersosial di media sosial, maka aku terlupa untuk renew domain ini dan akibatnya, domain ini telah dirembat oleh internet user dari China.
Menangis tak berlaku aku pada waktu tu. Tapi… yang membuatkan aku terlupa pada blog ini bukanlah disebabkan sosial media je.
Faktor utama yang buatkan aku leka untuk berblogging di blog ini ialah kerana fokus aku yang berlebihan pada dunia photography.
Heii.. kau nak tau satu citer?
Sebelum domain ini hilang, sempat jugalah aku beri hint sebagai bukti aku dah tak aktif sangat waktu tu. Mujur masih ada disimpan dengan BAIK di web Archive.org…. hahaha
Klik di sini untuk baca kisah sebenar waktu itu!!
Iya, aku sibuk belajar seni DSLR dan photography kerana dunia tu terlalu menarik untuk diteroka pada waktu itu. Habis semua income blogging aku habiskan untuk berbelanja membeli gajet photography (Nikon).
Walhal dalam masa yang sama, aku bangunkan juga web dan blog untuk photography. Cumanya fokus tu dah jadi lain.
Benarlah bagai di kata… bila kita buat benda yang kita “takde hati” di dalamnya, lama-kelamaan dia tak bertahan lama.
Dan hari ini, aku kembali menulis di blog ini sama seperti dulu.
Fitrah suka menulis aku tu… ada di sini. Dengan menggunakan kata ganti nama “aku”, aku rasa rindu berblogging tu kembali bertaut.
Maaf kalau ada yang merasakan bahasa “aku… kau” ni agak kasar. Tapi bagi mereka yang pernah menjadi pembaca setia blog “rohaizad dot com” dulu, dia akan terbiasa.
Janganlah terlalu berprotokol sangat dalam blogging ni. Aku cuma nak jujur dalam menulis. Aku rasa bila menulis dalam kata ganti aku dan kau ni, aku lebih bebas.
It’s just another medium untuk aku berkarya dan untuk kau membaca.
Apa yang Rohaizad Dot Com akan beri kepada pembacanya?
Blog ini seperti biasa akan berkisar kepada kehidupan aku dan mungkin kehidupan orang lain di luar sana. Secara rambang aku juga akan kisahkan mengenai pengalaman hidup aku… dan juga idea buat duit dari internet.
Iya, aku menulis bukan untuk korang ye. Aku menulis sebab aku suka.
Dalam waktu yang sama kalau korang selesa dengan tulisan aku, kau pasti akan stay… tapi kalau kau tak selesa kau boleh je go away. Aku tak paksa.
Aku tak boleh puaskan hati semua orang. Aku bukannya malaikat.
Dalam menulis ni pun kena ada disiplin. Kalau takde disiplin, akan kelautlah tulisannya.
Tapi kalau kau nak tau lebih lanjut pasal buat duit dari internet, follow jelah blog aku ni.
Tak kira sama ada kau baru kenal aku atau tidak… atau kau sedang berada pada tahap the lowest point dalam hidup kau sekarang ni. Kita sama-sama bangkit.
Aku akan tunjukkan bagaimana aku cuba untuk menjana pendapatan melalui blog ni. Bunyinya agak thrill tapi tak mustahil… sebab aku pernah buat sebelum ini.
Insya Allah…
Welcome back!
thanks anam… hoho…