Assalammualaikum semua,
Selamat datang ke blog rohaizad dot com. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Untuk mereka yang baru mengenali blog ini, salam perkenalan diucapkan.
Bagi mereka yang dah lama mengenali rohaizad.com pula aku doakan ukhwah yang telah terjalin sejak sekian lama antara kita dapat diteruskan.
Buat pengetahuan, ini merupakan “kelahiran semula” setelah blog ini “mati” pada tahun 2015.
Begini ceritanya:
Blog ini asalnya telah dibangunkan pada tahun 2008. Sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2008, blog ini bergerak dengan sangat aktif.
Blog ini mampu menerbitkan artikel pada kadar daily basis sehingga ke tahun 2015, sebelum ia hilang dari radar blogging tanahair.
Dan setelah 10 tahun, tahun 2025 telah menyaksikan ia bersedia untuk beraksi semula di gelanggang asalnya. Kisah dan sebab musabab mengapa blog ini hilang ada di ceritakan di sini.
Blog ini merupakan “personal blog” yang akan berkongsi kisah kehidupan seharian aku, juga info-info yang berkisar dengan isu semasa.
Selain dari itu, aku juga akan berkongsi maklumat mengenai cara menjana pendapatan aktif, pendapatan pasif dan juga dari program affiliate melalui blog.
Kalau korang suka menjana pendapatan online, follow blog ni. Jangan tidak-tidak!
Sekali lagi, terima kasih kerana menjadi pengunjung dan pembaca setia blog ini. Bismillah…