Setiap dari kita mempunyai sejarah dan impian masing-masing. Ada yang hidupnya susah sejak dari lahir dan ada yang hidupnya lahir-lahir duduk atas duit.
Ada yang mengatakan hidup ini tidak adil.
Tapi betullah tu, mana ada keadilan dalam hidup.. sebab keadilan itu bukanlah satu pilihan… atau sesuatu yang kita boleh pilih.
Kalau siapa kata dia boleh berlaku adil, itu tipu…. termasuklah adil dalam kehidupan dia.
Contohnya, seorang ayah membeli sebuah rumah dan dia mempunyai 4 orang anak. Untuk berlaku ADIL, si ayah telah sediakan 4 buah bilik untuk setiap orang anaknya itu.
Dalam hatinya, dia rasa dia dah pun berlaku adil dengan memberi setiap sorang satu bilik. Tapi sebenarnya BELUM CUKUP ADIL lagi untuk kesemua anak-anaknya.
Part mana yang tidak adil tu?
Bilik itulah yang tidak adil.
Bilik anak pertama ada tingkap menghadap pantai. Cantik pemandangannya.
Bilik anak kedua pun ada tingkap tapi menghadap tanah perkuburan.
Bilik anak ketiga tiada tingkap, tapi ada bath tub dan bathroom sendiri.
Bilik anak keempat pun takde tingkap… tapi biliknya lebih luas dari bilik yang lain.
Percaya atau tidak, setiap anak akan mula persoalkan part yang itu sebagai tak adil. So disitulah yang kita katakan “adil itu bukanlah satu pilihan”.
Cara nak menghapuskan adil dalam kehidupan cuma satu je, iaitu belajar untuk BERSYUKUR. Hanya dengan bersyukur, semua masalah dapat diatasi.
Kalau si ayah berjaya menunjukkan kepada keempat-empat anaknya mengenai keadaan anak orang lain yang hidup merempat, tidur di kaki lima… tidur berkongsi lantai bumi… maka semua anak-anaknya akan rasa biliknya tu adalah SYURGA.
Kita juga mungkin pernah berkata dalam hati yang HIDUP INI TIDAK ADIL. Dari kecil kita kena berusaha, tak seperti orang lain.
Orang lain apa yang diaorang nak semua mak bapak diaorang boleh belikan. Kita pulak mintaklah bagai nak rak, belum tentu mak bapak kita boleh belikan.
Tapi bapak kita berjaya mengajar kita cara untuk bersyukur… mungkin sebab itulah kita masih boleh bertahan sehingga ke hari ini.
Sekarang kita dah ada keluarga… tanpa kita sedar, kita mungkin berada pada tahap mak ayah kita dulu.
Kita dah cuba pelbagai cara untuk mencukupkan semua keperluan dan keinginan keluarga kita, tapi kita GAGAL.
Ya,
Rezeki kita masih kat situ jugak.
Sampai satu masa, kita akan rasa fed up dan bosan sebab rezeki kita seolah-olah “plateau”… tak bergerak, kat situ je.
Dan jika kita sebagai ketua keluarga, keadaan inilah yang akan bermain dalam kepala kita 24 jam setiap hari.
Bagi orang lelaki, biasanya kita akan BERDIAM, telan semuanya sendiri sebab itu je yang mampu kita buat.
Cakap lebih nanti dikatanya kita ni BEBAN, bukan PROVIDER.
Betul, seorang isteri dia ada bahu suami untuk disandarkan… tapi bagi suami, dia sandar di bahu sendiri sahajalah.
Sampai satu masa suami akan hidup seperti robot dan menjalani hari-hari yang mendatang dengan begitu saja… sampailah AJAL menjemputnya ke alam barzakh.
Kalau ini berlaku, sebenarnya kita sudahpun MENGHAMPIRI kepada titik terendah dalam hidup kita (belum lagi ke titik TERENDAH).
Kita mula berfikir, “kalau aku mati hari ni, siapa nak jaga anak isteri aku?”
Bagi yang imannya kuat, dia akan bertahan. Bagi yang tak kuat, mulalah dia mencuba benda yang baru, asalkan boleh beri wang pantas.
Sebab tu ada di kalangan kawan kita yang mula main nombor ekor… main skim cepat kaya… main kuda masuk 10 cuci 20… main forex… atau buat bisnes yang syubhah, asalkan senang generate duit.
Hari demi hari, kos kehidupan makin meningkat dan keadaan ni akan menekan kita sebagai ketua keluarga.
Aku tau ramai yang berada pada fasa ni sekarang tapi percayalah, itu bukan titik terendah dalam hidup kita.
Titik terendah (the lowest point) dalam hidup seorang lelaki akan bermula bila dia mula SAKIT atau KESIHATAN MULA MEROSOT.
Allah mula ambil semula semua yang dia pernah pinjamkan kepada kita selama ini.
– Dulu kita sihat, kaki futsal… sekarang dah kena stroke.
– Dulu semua negara kita dah jejak, tapi sekarang dah jadi OKU kerana accident.
– Dulu kita rajin buat review makanan hipster, sekarang buah pinggang dah rosak.. dah dialisis.
– Dulu kita sihat walafiat.. tak sakit. Rajin pergi buat medical checkup. Tup… tup… kita di diagnos ada cancer. Sekarang cancer fighter.. tak boleh bekerja, duduk rumah tiap hari.
Semua keadaan ini akan buatkan seorang suami atau ayah MULA HILANG SUMBER PENDAPATAN.
Belum lagi tahap sakit kritikal dan bed ridden… dengan topeng gas tak boleh tinggal 24 jam.
Kat sinlah dugaan sebenar seorang lelaki.
Bila dia dah tak berupaya untuk bekerja, itulah titik terendah atau terbawah sekali dalam hidup dia.
Bila dah sakit atau bed ridden, duit dalam akaun yang banyak tu pun akan mula MENYUSUT sedikit demi sedikit.
Kalau duit ada berjuta ringgit tu lainlah jugak, boleh buat belanja apa yang patut.
Tapi kalau cuma ada beberapa puluh ribu, tak sampai setahun boleh habis.
Mana nak bayar sewa rumah… loan kereta… bil utiliti… tambang bas sekolah anak… duit sekolah anak… hutang personal… nafkaj isteri, nakfah orang tua… nafkah anak di IPT… macam-macam lagi, termasuklah belanja bulanan/harian.
Ingat, selagi korang masih sihat… korang cuma berada pada titik rendah, bukan pada titik terendah.
Jadi aku nak tanya korang semua kat sini, apa titik paling rendah dan terendah (kalau ada) dalam hidup korang sebagai seorang lelaki?
Kalau sudi share, komen kat bawah… aku nak baca.
p/s: aku dah sediakan FB comment form kat bawah ni, senang untuk korang share!