Zamrin.com pun dah selamat dimiliki semula

Kelmarin lepas aku berjaya setup blog rohaizad.com ni, aku terus beritahu rakan baik merangkap sifu aku.. Zamrin.

Masa berwasap tu dia ada tanya, macam mana boleh dapat balik domain ni.. walhal dah lebih 10 tahun dirampas oleh domainer aftermarket.

Dan soalan yang paling kelakar sekali bila dia tanya berapa harga yang dibayar untuk rampas balik domain

Aku jawab beli pada harga biasa je, bukan macam sebelum ni beribu dollar (USD).

Sebenarnya domain rohaizad.com dan domain blogger-blogger Malaysia yang lain ni nilainya sangat tinggi di “mata Google”.

Blog-blog Malaysia banyak yang dikategorikan dalam “green domain” Google.

Google suka kepada kualiti green blog. Green blog tu maksudnya domain yang tidak mempunyai unsur JUDI, PORN, LIQUOR dan juga JAHAT (dark web dan sebagainya).

BACKLINK yang wujud untuk green blog semuanya bagus… tapi taklah “sesuci” domain dot EDU (education). Boleh dikatakan majoriti backlinks untuk blog Melayu sangat “SUBUR” dan “ORGANIK”.

Apa yang mereka buat dengan domain blog Melayu ni?
Jeng.. jeng… jeng… jangan terperanjat kalau KEBANYAKAN DOMAIN MELAYU telah dijadikan sebagai PORN WEB.
Tujuan dia satu je, sebab mereka nak tarik “existing traffik” yang dah wujud sejak sekian lama. Kiranya dia dapat guna domain bersih untuk buat kerja kotor.
So kalau korang sebelum ni pernah jengah blog rohaizad.com, memang domain tu pernah dijadikan sebagai web PORNO cari negara China.
Blog Melayu lain pun sama.. cuma kami taknaklah beritahu di sosial media. Haha.. tak pasal-pasal.
Malah dulu ada sebuah kedai makan di belakang Thistle Hotel Johor Bahru Tera Thai Fine Dine pun sama, dijadikan web porn sebab terlambat renew domain.

Sekarang domain Zamrin.com telah dimiliki semula oleh empunya asal, En Zamrin. Mereka yang kenal Zamrin.com tahulah orangnya macam mana.

Orangnya macam “orang bodoh”… tak tahu apa apa. Selamba kodok je perginya.

Yang baru berkawan dengan dia mungkin akan rasa “takde pekdahnya lepak dengan mamat ni”.

Tapi kalau tengok certificate yang dia ada.. barulah tau siapa dia. Malah ramai yang takkan percaya di Malaysia ni hanya ada beberapa orang je yang mempunyai certificate tertinggi Microsoft dan yang lainnya.

Sebaliknya dia dikenali di Indonesia… di kalangan mereka yang high specs level of IT master.

So siapa Zamrin ni sebenarnya?
Nahhh.. aku ada cebisan keratan “About me” yang dia tulis pada tahun 2011 dulu. Haha.. bacalah ye!

Dan jika betul sangkaan aku, selepas ini Zamrin.com akan berubah NICHE.

Sebelum ini Zamrin.com lebih menjurus kepada IT Tech Savvy. Malah dia juga adalah founder kepada projek Gempak Newbie yang famous suatu ketika dulu.

Aku harap akan datang kita akan menyaksikan lebih ramai blogger Malaysia buat come back.

Kita akan cuba untuk meramaikan kembali dunia blogging tanahair yang semakin pupus ni.

Tapi kenapa mesti BLOG?

Sebab sosial media sekarang ni dah TERLALU PENUH dengan fitnah, tohmah dan dusta. Semuanya menggunakan FAKE PROFILE dengan cara “membuat tahi kemudian lari”.

Blog pula bukan macam tu. Blog akan bergerak mengikut kapasiti air tangan blogger tu sendiri. Blog bukan sebagai tempat untuk tabur fitnah.

“True blogger” tidak akan baling batu sembunyi tangan. Dia akan bertanggungjawab atas penulisan dia sendiri.

Cukup-cukuplah menulis di sosial media. Sebaiknya gunakanlah sosial media untuk mengembangkan idea melalui penulisan kita.

Jom Komen Kat Sini!